Friday, November 30, 2018

Projek Kahwin : Kad Kawin Bajet Cute



kalau citer pasal kahwin...
tak de kad kahwin memang tak sah.
walaupon gunanya kejap aje..
tapi tetap kena ade..



so ni antara search yang i jumpa untuk kad kahwin yang super cool & bajet dia ala2 cute
tapi boleh lahhh untuk memeriahkan majlis tu nanti.

i jumpa yang ni paling murah RM 0.13/pc
yang ni pulak ikut package... not bad package dia.. bawah RM300 macam2 boleh dapat.
yang ni ada yang RM 0.20/pc
start from RM 0.16/pc or RM 0.19/ pc



PSSS: Harga mungkin berbeza dari semasa ke semasa... disyorkan untuk contact mereka dahulu bagi mendapatkan pakej pakej terkini yang sesuai dengan bajet anda





Love,
Ladybie

Wednesday, November 28, 2018

Akadku Yang Terakhir



Image result for akadku yang terakhir

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”







Love,
Ladybie

Monday, November 26, 2018

Its My Birthday. Happy Birthday To Me


hello..
good morningggg

just nak habaq..
its my birthdayy

so.... Happy Birthday to Me~!!









Love,
Cik Purple

Sunday, November 25, 2018

RESEPI: Ayam Percik Kelantan


Image result for resipi ayam percik kelantan

Ayam Percik Kelantan

Bahan bahan;

  •  Ayam - lumur garam 
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk 
  • Sedikit halia - tumbuk 
  • Gula 
  • Garam 
  • Asam keping 
  • 1 kotak santan 
  • 1 kotak air 
  • 2 sudu besar tepung beras 
  • 1 batang serai - ketuk (optional)


Cara cara: 
  1. Satukan santan, air dan bahan tumbuk. Masak atas api perlahan dengan serai sambil terus dikacau. 
  2.  Masukkan garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga hampir mendidih. 
  3. Masukkan tepung beras yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga kuahnya berkilat. 
  4. Sesuaikan rasa dan bolehlah dimasukkan ayam yang dibakar atau digoreng.
 Nota: Jika memilih untuk membakar ayam, bolehlah lumur dengan garam, bawang putih dan halia. Kemudian dikukus seketika








Love,
Cik Purple

Saturday, November 24, 2018

Bahasa Korea (Part 2)



Bahasa Korea


Han/hana
1
du
2
se
3
Ne/ sa
4
Desot/oh
5
Yeosot/yu
6
ilgob
7
yeodeolb
8
Ahob/goo
9
yeol
10
Hwang san
king
taeja
prince
hajiman
but
agashi
madam
korukkei
Like that
koromyeon
Of course
Akum maria
engagement
obso
Dont have
maja
totally
wul
what
Han manisso?
Do you have something to say?
pupu
kiss
aegyo
Acting cute
chinggun
Boyfriend/ girlfriend
Shi ja
start
songgo
success
sanmul
present
dulta
both
wanbiok
perfection







Love,
Ladybie

Friday, November 23, 2018

Projek Kahwin: Kad Kahwin di Jakarta



since ramai juga kawan-kawan yang nak kahwin dan dah kahwin
so.. ade yang suggest amik tempahan few things kat obersi..
maksudnya di Indonesia..
katanya lebih murah... sbb kos upah murah..
but anyhow.. it all depends on you..

so.. from few of my readings kat laman maya..
i dapat garap few suggestion kat mana nak dapat & survey pasal barang kahwin ni.

KAD KAHWIN DI JAKARTA
  • De' Karda

JL. Pluit Raya, No. 121 Blok B-20
+62.813.57.9999.30www.dekarda.net
contact@dekarda.net
dekarda@ymail.com
  •  Her's Design an Card
Jl. KH Caringin No 12 Jakarta Pusat, 10150
Phone: (021) 630 2233
HP: Hp: 0815 992 0303
Fax: (021) 633 4225
Email: herscard@gmail.com
  • Maple Card
Jl. Hadiah Raya No. 1
Jakarta Barat, 11460
Phone: +62215655065
HP: +6285881268868, +628161434957
Fax: +62215655065
http://www.maplecard.com
Email: info@maplecard.com







Love,
Ladybie

Thursday, November 22, 2018

Tips Cantik : Luo Han Guo



hallu halluu hallu..
Beauty Maddness session in the house ..
excited betol i nak ke session ni..
bukan ape.. banyak ilmu yang i nak share dengan uols ni..

kali nie kita nak citer pasal salah satu ingredient dalam produk mary kay.
bahan ni ada dalam produk Mary Kay Botanical Effects
Luo Han Guo atau juga dikenali sebagai Buah Lanjut Usia

Luo Han Guo (Buah Lanjut Usia)


tapi adakah kita tahu khasiat buah Luo Han Guo atau lebih dikenali sebagai "Buah Lanjut Usia" di kalangan masyarakat Cina??

saya kongsikan sedikit khasiat dan kelebihan buah Luo Han Guo ni
⚙️Siratia Grosvenorii also known as Monk Fruit or buah lanjut usia
⚙️Potential antioksidant to protect against the ‘breaking down’ of the body as you age
⚙️Prevent the activity of most most cells that triggers allergies, lowering histamines and eliminating allergies.






Love,
Cik Purple

Tekanan Darah Tinggi


Tekanan Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol yang Lebih! Punca Sebenarnya AdalahPengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri Darah.



Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:

  • Diuretic - Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.
  • Vasodilator - Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.
  • Alpha Blocker - Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.
  • ACEs Inhibitor - Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.


Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:

  • Memori Lemah - Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.
  • Letih dan lesu - Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.
  • Emotional - Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.




Peringkat - peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi...

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.



Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.


Peringkat Ke-3: 
Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda.

Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.


Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir...

Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUAkeadaan perlu wujud:
1.) Agen Pengoksidaan
2.) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat













Love,
Ladybie

Wednesday, November 21, 2018

Isteri Untuk Disewa


Image result for isteri untuk disewa

Isteri Untuk Disewa

Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
 Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
 Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
 Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia?
 Saya ada penyelesaiannya...
 Orang untuk disewa!
 Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
 Anytime, Anywhere... I’ll be there.

 Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

 “Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

 “Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

 “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

 “Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

 Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?





Love,
Cik Purple

Aku Pilih Kamu



Image result for aku pilih kamu

✧ Aku Pilih Dirimu ✧


Drama Aku Pilih Kamu mengisahkan tentang Qasya Azara yang kematian ibunya ketika berusia 12 tahun. Ayah Qasya pula jarang berada di rumah kerana kerap ke luar negara atas urusan perniagaan. Akibat dari itu Qasya dan kakaknya terpaksa berpisah kerana ayah Qasya tidak mampu menjaga mereka berdua. Kakak Qasya dihantar ke kampung untuk tinggal bersama nenek mereka.

Qasya pula tinggal bersama ayah, ibu tiri dan dua adik tirinya yang lain. Mereka selalu mendera Qasya dan ibu tirinya pula telah menghalaunya dari rumah. Hendak dijadikan cerita, Qasya telah dijadikan anak angkat oleh Dato Mizal dan Datin Rosnaida. Dato Mizal dan anak sulungnya Adam, amat menyayangi Qasya tetapi Datin Rosnaida dan dua lagi anaknya Farouk dan Rizman amat membencinya. Qasya kerap dihina dan dikasari oleh mereka bertiga. Perkara ini berlanjutan sehingga Qasya dewasa. Tetapi Qasya tetap bertahan kerana kasih sayang dari Adam dan Dato Mizal

Pada suatu hari, Dato Mizal telah meminta Qasya untuk bernikah dengan Rizman. Dato Mizal mengharapkan pernikahan itu dapat merubah perangai Rizman. Permintaan Dato Mizal di patuhi oleh semua ahli keluarganya. Qasya juga menerima permintaan tersebut dan menganggap ianya jodoh yang telah Allah tetapkan untuknya biarpun dia tahu Rizman begitu membencinya.

Perkahwinan antara Qisya dan Rizman begitu mengecewakan Adam. Dia bertindak untuk keluar dari rumah dan merantau untuk mencari ketenangan diri. Rizman pula menganggap Qisya berkahwin dengannya hanya kerana ingin membolot harta Dato Mizal.

Dalam masa yang sama, Datin Rosnaida sukakan seorang wanita muda bernama Isabel. Dia ingin Rizman dan Isabel disatukan. Dia cuba memutuskan perhubungan Qasya dan Rizman dan merancang dengan Isabel untuk memerangkap Rizman.

Tanpa ada pilihan lain, Qasya terpaksa menerima Isabel sebagai madunya. Setiap hari dia diseksa oleh Rizman dan Isabel. Apa akan terjadi kepada kesudahan drama ini. Tabahkah Qasya untuk melalui semua dugaan lebih-lebih lagi bila dia mengetahui bahawa Isabel adalah anak tiri kepada ayah kandungnya.











Love,
Ladybie