Wednesday, July 25, 2018

The Wedding Breaker




Image result for the wedding breaker

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil



REVIEW


Image result for the wedding breaker

to be frank.. i bought this novel right after few episode of Ariana Rose been aired on TV
oh ya.. The Wedding Breaker dah diadaptasi ke drama TV
dan ditukar kepada tajuk yang lebih manis iaitu Ariana Rose , bersesuaian dengan cerita mengenai watak Ariana Rose yang ditonjolkan dalam novel dan juga drama.

jalan cerita dalam novel ni memang best..
konflik... plot... jalan cerita dia memang mantap laa..
tak terlalu beza dengan apa yang dipaparkan di dalam TV..
but of course, dalam novel lagi best la..
sebab kita hayati and kita yang berangan jadi watak utama kan..

so.. yeah.. memang recommend untuk baca nukilan Evelynn Rose.
one of my favourite writer..
should grab this..







Love,
Ladybie

No comments:

Post a Comment