Monday, December 17, 2018

Mary Kay Hydrating Gel Mask




 Dulu tak tahu yang Mask ni penting. Hari-hari duk mengadap cermin dan fikir apesal lah kulit ni kusam bebenor. Kan aku cuci muka tiap hari, pakai toner pun tiap hari. Apa lagi yang tak cukup? Yes! Memang tak cukup. Jangan sesekali ingat yang bila dah pakai cleanser dan toner tu, chuols mengharapkan kulit yang sihat sejahtera dan glowing sihat. Memang idakler hihi.

Generally, ini fungsi Mask:
'Membuang sel kulit mati di bahagian lapisan atas kulit'

Sekarang kita refer pulak secara terperinci tentang Mary Kay Renewing Gel Mask, okay?


CAMNE MARY KAY GEL MASK BERFUNGSI?

Mary Kay Gel Mask sangat cepat menghidratkan kulit especially untuk individu yang kulitnya kurang lembapan, dengan kata lain keringlah. Gel Mask memang purposely dirumus untuk tarik dan kekalkan lembapan tu pada kulit, sebab tu sangat disarankan pakai waktu malam sebagai sleeping mask. Masa tidur kita dah tak buat apa-apa aktiviti, cuci muka, sentuh muka dan sebagainya maka penyerapan tu elok dan Gel Mask dapat berfungsi dengan efektif.

Jadi kalau yang berkulit oily macam mana pulak? Don't you worry girls sebab Gel Mask ni jugak dirumus untuk bantu seimbangkan paras lembapan. Ada gliserin sumber tumbuhan yang bertindak sebagai humektan yang berfungsi untuk tarik lembapan dari kulit. Maknanya bila kita apply, Gel Mask akan mampu pastikan lembapan pada kulit kita di paras optima - tak terlalu kering dan tak terlalu oily. So far boleh faham kan?

Next, Gel Mask ada ekstrak biji berangan yang terkenal dengan faedah menegang dan tenangkan kulit. Sebab tu kalau malam ni kita apply Gel Mask, bila cuci muka esoknya lepas bangun tidur, memang kulit rasa firm lain macam. Rasa muda tapi pada masa yang masa tak rasa tegang pun. Rasa lega. Ada customer I yang tanya,

'Akak, saya nak pakai Gel Mask ni hari-hari boleh tak?'    Nampak tak :)

Sistem pertahanan kulit dari radikal bebas yang menyumbang pada masalah kulit pun akan meningkat dengan adanya niasinamida - salah satu bentuk utama vitamin B3. So good!

Apa tu radikal bebas? Ni dia.

 Sumber radikal bebas - pemakanan tak sihat, asap rokok, pencemaran etc.
FUNGSI GEL MASK SECARA KESELURUHAN

Hidratkan kulit dan mengunci lembapan supaya kulit kekal lembap.

Kulit berasa lebih tegang, sihat, lebih lembut dan kelihatan terisi dari dalam.

Membantu kecikkan pori, mengurangkan garis halus serta kedutan.

Menyuburkan kulit untuk nampak sihat dan glowing

Bantu redakan kulit yang menggelupas/terlalu kering

Serap minyak dari kulit muka yang terlalu oily

Tanggalkan kekotoran yang tersumbat dalam liang pori

Remove sel kulit mati dan whitehead/blackhead secara efektif

Buat kulit nampak glowing!


Ingat tau.

Bila kulit tak cukup lembapan - tak kisahlah berapa usia kita sekalipun, garis halus dan kedutan akan jauh nampak ketara sebab kulit tak seimbang dan tak berada di tahap yang optimum. Yang berkulit oily pulak jangan ingat dah selamat hihi sebab kita tetap perlukan Gel Mask ni untuk kekalkan lembapan dan remove segala sel mati yang menyebabkan kulit kusam. Satu tube boleh bertahan selama 5 bulan (2/3 kali satu minggu). Ini rupa Mary Kay Gel Mask.








Love,
Ladybie

1 comment:

  1. The Best 7 Casinos in Philadelphia, PA | Mapyro
    Best 군포 출장마사지 7 Casinos in Philadelphia, PA. 9.8/10. 7 인천광역 출장안마 Casino. 4.6/10. Casino. 3.9/10. Casino. 2.1/10. 진주 출장안마 7 Casino. 하남 출장샵 Rating: 4.4 광명 출장마사지 · ‎713 reviews

    ReplyDelete